JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mengadakan Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi pada hari raya kedua. Menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, majlis berkenaan bermula 10 pagi hingga 2 petang. “Semua dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Aidilfitri. Datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka,” menurut entri berkenaan. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya