KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 6 Jun bersamaan 2 Syawal. Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, majlis itu akan diadakan di Istana Abdulaziz di sini bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang. “Semua rakyat jelata dijemput hadir dengan berpakaian kemas yang bersesuaian…










