KUALA LUMPUR- Enam rumah setinggan musnah terbakar dalam kejadian di Pandan Jaya dekat sini hari ini.
Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.45 petang dan sebanyak 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan serta BBP Ampang.
“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kita mendapati enam buah rumah setinggan sedang terbakar.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kebakaran berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-UTUSAN ONLINE











