ALOR GAJAH – Sebuah keluarga bingung dan menyifatkan mereka ibarat tinggal di tengah-tengah pulau apabila rumah yang dibina di Kampung Kelemak berhampiran kawasan perindustrian di sini ditenggelami air termenung sejak dua minggu lalu. Siti Badariah Othman, 53, berkata, masalah itu dihadapi sejak tahun lalu setiap kali hujan lebat berterusan dan pihaknya telah membuat aduan kepada pihak-pihak terlibat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Jabatan Tanah dan…










