PORTO – Jurulatih Portugal, Fernando Santos melabel Cristiano Ronaldo genius selepas penyerang itu meledak hatrik ke-53 dalam kariernya ketika membantu Portugal menewaskan Switzerland 3-1 untuk mara ke final Liga Negara-Negara Eropah, hari ini. Pada usia 34 tahun, Ronaldo membuktikan dia masih sukar diganti apabila membuka jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-25. Portugal berpeluang menggandakan kedudukan tetapi dinafikan oleh kontroversi Video Bantuan Pengadil (VAR). Pemain tengah Switzerland, Steven Zuber berlari mengejar bola hantaran Xherdan Shaqiri tetapi dijatuhkan oleh Nelson Semedo dalam kawasan penalti. Pengadil, Felix Brych bagaimanapun meneruskan perlawanan dan pemain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya