Ronaldo bagi tips RM94,000 kepada pekerja hotel - Utusan Malaysia

Ronaldo bagi tips RM94,000 kepada pekerja hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Selepas mengharungi musim bola sepak yang panjang dan meletihkan, Cristiano Ronaldo memanfaatkan sepenuhnya tempoh rehat dengan bercuti bersama keluarga.

Beberapa hari lalu, bintang Juventus dan Portugal itu berkongsi gambar percutian di atas kapal mewah di French Riviera.

Dia kemudian menyambung cuti ke Costa Navarino, Greece iaitu destinasi percutiannya untuk tahun kedua berturut-turut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut akhbar sepanyol, AS, Ronaldo amat berterima kasih kepada kakitangan hotel penginapannya di Greece kerana berusaha keras memastikan dia dapat bercuti dengan tenang apabila melindungi pemain itu daripada paparazzi.

Sebagai balasan, pemain berusia 34 tahun itu memberi tips lumayan kepada kakitangan hotel berkenaan iaitu 20,000 euro (RM94,000) untuk dikongsi oleh 10 orang.

Menurut laporan di Itali pula, Ronaldo turut bertemu pengurus baharu Juventus, Maurizio Sarri di atas kapal mewahnya bagi membincangkan perancangan musim depan.

Difahamkan, Sarri mahu menggunakan bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu di posisi tengah, musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini