Rompak emas: Bukan RM5 juta tapi RM7.2 juta - Utusan Malaysia

Rompak emas: Bukan RM5 juta tapi RM7.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Bukan RM5 juta, sebaliknya RM7.2 juta nilai barang kemas yang dirompak oleh sekumpulan penjenayah pakar yang memecah masuk sebuah kedai emas di Seksyen 7, di sini, pada hari raya ketiga lalu.

Jumlah sebenar kerugian tersebut dimaklumkan sumber keselamatan setelah semalam polis memberikan anggaran RM5 juta.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memberitahu, lebih 10 individu termasuk pemilik kedai emas, pekerja dan juga pengawal keselamatan telah dirakam keterangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga hari ini lebih 10 individu telah kita rakam keterangan dan ini adalah prosedur biasa untuk kita lengkapkan siasatan.

“Selain itu, kita juga telah mendapat beberapa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sekitar kawasan kejadian dan premis berdekatan.

Pihak forensik serta beberapa anggota sedang meneliti rakaman tersebut supaya kita dapat mengesan suspek,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini