KUALA LUMPUR 25 Jun – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan peruntukan sebanyak RM56 juta pada tahun ini bagi tujuan latihan dan pembangunan kompetensi warga kerjanya termasuk pendidik. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, peruntukan itu bagi memastikan tahap profesionalisme warga pendidik sentiasa berada pada tahap terbaik. Rina malah berkata, dengan peruntukan tersebut, beliau mahu melihat usaha itu bukan sekadar untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme semata-mata tetapi…










