KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan momentum meningkat berbanding dolar AS ketika pasaran dibuka hari ini disokong oleh data eksport yang lebih baik berbanding jangkaan, kata penganalisis. Pada pukul 9 pagi, ringgit naik kepada 4.1750/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1840 ketika ditutup semalam. RHB Bank dalam pandangan ekonominya yang dikeluarkan hari ini berkata eksport negara meningkat semula apabila berkembang 1.1 peratus pada April selepas susut 0.5 peratus dan 5.3 peratus dalam…










