HONG KONG 21 Jun – Ribuan penunjuk perasaan yang memakai pakaian hitam berhimpun dan menyekat jalan-jalan utama di luar bangunan Parlimen hari ini. Tunjuk perasaa itu diadakan sebagai desakan terus-menerus supaya Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam meletakkan jawatannya. Desakan itu dibuat selepas Lam memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) yang membenarkan penduduk di wilayah ini yang terlibat dalam kegiatan jenayah diekstradisi ke tanah besar China. RUU tersebut ditangguhkan buat sementara waktu,…










