LONDON – Bos Arsenal, Unai Emery antara ribuan yang hadir pada upacara pengebumian bekas bintang Arsenal, Jose Antonio Reyes, hari ini. Keranda Reyes diusung melalui jalan di kampung halamannya dekat Utrera, Sevilla sebelum upacara pengebumian dilaksanakan selepas pemain bola sepak itu terkorban dalam kemalangan jalan raya, Sabtu lalu. Reyes terbunuh apabila kereta Mercedes yang dinaikinya melanggar tembok penghadang jalan di sebuah lebuhraya berhampiran bandar Alcala de Guadaira, sebelum kenderaan itu…









