RAUB 12 Jun – Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Jeram Besu di Sega dekat sini semalam.
Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam itu, Muhamad Muzzafar Shah Mohamad Rozi,13, bersama dua rakannya sedang bersiar-siar di kawasan rekreasi berkenaan.
“Difahamkan, semasa merakam gambar, mangsa terjun ke dalam sungai dan dua rakannya cuba menyelamatkannya tetapi gagal.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Setakat ini usaha mencari dan menyelamat dijalankan di kawasan tebing sungai memandangkan cuaca gelap malam tadi dan operasi sepenuhnya akan disambung pagi ini,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











