Raya sendiri, Ezlynn akui sunyi - Utusan Malaysia

Raya sendiri, Ezlynn akui sunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIGA tahun beraya sendirian selepas berlaku pergolakan hubungan antara dia dan bekas suaminya, Adam Fahmy, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini mengakui sambutan Syawal diraikan sangat sederhana.

Pulang ke rumah keluarga di Petaling Jaya, Ezlynn atau nama sebenarnya Azaline Ariffin berkata, dia tidak membuat apa-apa persiapan untuk dirinya sepanjang Ramadan lalu dan memberi fokus kepada anak-anak buah sahaja.

KUALA LUMPUR, 14 MEI 2019 - Sesi fotografi bersama Ezlynn di Hotel

“Saya tidaklah teruja sangat nak beraya sebab hari raya anak-anak kecil sahaja yang seronok. Jika ada anak sudah pasti raya lebih bermakna kerana kita akan teruja nak berbelanja untuk mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi seperti tahun-tahun sebelum ini saya hanya teruja nak beri duit raya pada anak-anak buah. Saya bagi duit berdasarkan jumlah puasa mereka,” jelas Ezlynn.

Akui hidupnya terasa sunyi apabila bersendirian, jelas Ezlynn, dia bagaimanapun tidak boleh mendampingi orang lain semata-mata kerana mahu menutup kesunyian tersebut.

“Rasa sunyi itu memang ada, tapi untuk cari seseorang sebagai peneman sudah tentu tidak adil buat orang itu. Doakan saja yang baik-baik untuk saya nanti,” luahnya.

Biarpun kes perceraiannya bersama bekas suami sudah selesai, namun Ezlynn meluahkan rasa kesal apabila Adam Fahmy masih belum menjelaskan hutang yang dipinjamnya ketika mereka masih berstatus suami isteri.

Menurut Ezlynn, wang tersebut merupakan simpanan hasil titik peluh bekerja selama 17 tahun dalam industri.

“Saya hanya minta wang yang dia pinjam dari saya kerana itu adalah duit simpanan sendiri dan ia adalah hak saya.

“Kalau boleh saya nak ringankan beban dia di alam ‘sana’ nanti. Dalam Islam sesiapa yang berhutang dituntut untuk menjelaskan. Kenapa dia tidak mahu bayar hutang saya sedangkan mampu pergi melancong.

“Saya juga perlukan duit untuk menampung hidup. Selama ini saya berkahwin dengan lelaki yang menghabiskan duit saya. Apabila berkahwin saya pula yang terpaksa menanggung hutangnya,” ujar Ezlynn .

Selepas tempoh hampir dua tahun bercerai, Ezlynn masih turun naik mahkamah bagi menyelesaikan beberapa masalah berkaitan haknya.

“Dia mahu dakwa saya nusyuz. Dia ada juga minta selesaikan di luar mahkamah dan minta jual rumah kami sedangkan selama tiga tahun saya sendiri yang bayar rumah tersebut.

“Saya buat semua ini kerana mahu pertahankan hak saya. Dia sudah bazirkan masa selama dua tahun dengan proses mahkamah,” cerita Ezlynn.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini