Rapinoe tidak kisah dengan kritikan - Utusan Malaysia

Rapinoe tidak kisah dengan kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Kapten Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe sama sekali tidak gusar dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya selepas bertindak untuk tidak menyanyikan lagu kebangsaan negara itu semasa aksi Piala Dunia Wanita 2019.

Dia yang menampilkan aksi cemerlang ketika menundukkan Perancis 2-1 memberitahu, tiada masalah untuk terus memberi fokus di dalam padang walaupun berdepan pelbagai kritikan.

“Saya tidak terlalu memikirkan perkara seperti ini. Ada sedikit di fikiran saya tetapi saya tidak membawanya ke laman sosial seperti Twitter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya lebih fokus kepada pasukan,” katanya.

Rapinoe berkata, sokongan yang diberikan oleh orang di sekelilingnya memudahkan untuk dia lebih fokus kepada tanggungjawab utamanya kepada pasukan.

“Saya hanya perlu bertenang dan teruskan kehidupan seperti biasa,”katanya.

Dalam satu sesi temubual baru-baru ini, Rapinoe menegaskan bahawa dia tidak akan menjejakkan kaki ke Rumah Putih.

Perkara itu mendapat reaksi luar biasa daripada Presiden AS, Donald Trump yang menegaskan bahawa Rapinoe perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan memenangi pertandingan itu.

“Rapinoe seharusnya menghormati AS, Rumah Putih dan bendera negara terutama selepas bersama pasukan,” kata Trump.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini