Rakyat tidak perlu risau dengan ekonomi - Utusan Malaysia

Rakyat tidak perlu risau dengan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rakyat tidak perlu risau dengan situasi ekonomi negara kerana barisan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) telah berusaha keras untuk membawa ke landasan yang tepat.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, hal itu turut diakui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa barisan Kabinet telah memberi komitmen yang padu untuk memulihkan ekonomi negara.

“Kita sedang melihat hasilnya, jadi saya percaya rakyat boleh merasakan manfaat terhadap segala yang sedang diusahakan Kerajaan PH hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hal ini dapat dilihat berdasarkan pelaburan langsung asing (FDI) apabila para pelabur sudah boleh melihat sendiri bahawa kami sedang berusaha membetulkan segala perkara termasuk sistem, urus tadbir dan struktur,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), di sini hari ini.

Semalam, Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Dr. Jomo Kwame Sundaram berkata, rakyat Malaysia perlu bersedia mengharungi tempoh sukar akan datang memandangkan ekonomi kini berdepan isu sebenar di tengah-tengah situasi luaran yang tidak dapat diselesaikan malah semakin bertambah buruk hampir setiap hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini