Raja, kerabat bantu jaga perpaduan - Utusan Malaysia

Raja, kerabat bantu jaga perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 4 Jun – Setiausaha Agung Majlis Agung Raja Sultan Indonesia (MARSI), Sultan H Khairul Saleh al-Mu’tashim Billah mengingatkan kepada para Raja Datu, kerabat dan Pemang­ku Adat agar menghindari perpecahan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).

Menurut Sultan H Khairul, ini lebih-lebih lagi jika perpecahan itu disebabkan oleh hasil pemi­lihan umum (Pemilu) 2019.

“Peristiwa keganasan (sehingga membawa perpecahan rakyat) di sini baru-baru ini amat membimbangkan,” jelas Sultan H Khairul melalui kenya­taan media kepada Republika.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sultan H Khairul berkata, kega­nasan akan menyebabkan korban dalam kalangan masyarakat dan pihak berkuasa sendiri.

Jelasnya, ini sangat merugikan negara.

“MARSI menolak semua bentuk keganasan. Seharusnya semua pihak, baik rakyat atau pihak berkuasa, dapat me­lakukan pengendalian diri dan melihat kita semua sebagai satu bangsa selain tidak saling me­nyakiti,” katanya.

Oleh kerana itu jelasnya, atas nama Raja Datu, kerabat dan Pemangku Adat, kedua-dua pihak yang bertelagah perlu melakukan penyelesaian secara semangat kenegaraan supaya tidak mengakibatkan runtuh­nya NKRI.

“Kerana jika tidak dilakukan hal itu, ini akan menjadi ke­gelapan bagi masa depan bangsa Indonesia,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini