Quartararo tempah petak utama di Assen - Utusan Malaysia

Quartararo tempah petak utama di Assen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASSEN, Belanda – Pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo mencatat rekod sepusingan yang baharu sewaktu pelumba Perancis itu menempah petak utama dalam sesi kelayakan MotoGP pada Grand Prix Motosikal Belanda di Litar Assen, hari ini.

Anak muda berusia 20 tahun itu mencatat masa sepusingan 1 minit 32.017 saat, untuk melengkapkan aksi di depan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dan penunggang Suzuki, Alex Rins.

Keputusan itu menyaksikan Quartararo buat kali ketiga menempah petak utama pada sesi kelayakan MotoGP, apabila kali terakhir dia berbuat demikian dalam perlumbaan di Catalan dan pada awal Mei di Grand Prix Sepanyol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Trek di sini lebih sukar berbanding di Montmelo, jadi saya berdepan sedikit halangan. Tiada apa lagi yang boleh diperkatakan, keputusan ini amat hebat kerana saya berjaya menempah petak pertama,” kata Quartararo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini