Puteri UMNO, pelajar sekolah kongsi idea dalam ALYOUM - Utusan Malaysia

Puteri UMNO, pelajar sekolah kongsi idea dalam ALYOUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Golongan muda termasuk Puteri UMNO dan pelajar sekolah antara yang menyertai program Forum Muslimah Muda Antarabangsa (ALYOUM) anjuran Kerajaan Pas Kelantan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa) di sini hari ini.

KETUA Puteri UMNO Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim
KETUA Puteri UMNO Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim 

Ketua Puteri UMNO Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim berkata, program tersebut adalah platform terbaik untuk wanita muda tanpa mengira kumpulan diwakili berkongsi idea dan pengalaman mereka.

KETUA Puteri UMNO Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim ketika melontarkan
KETUA Puteri UMNO Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim ketika melontarkan pandangan semasa sesi Bicara Interaktif dalam program Forum Muslimah Muda Antarabangsa (ALYOUM) anjuran Kerajaan Pas Kelantan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa) di Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Beliau berkata, golongan pemimpin muda sepertinya perlu mempunyai sasaran dan misi yang jelas untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai wanita muda, antara cabaran besar kami adalah untuk membahagikan masa dengan sebaiknya dalam menunaikan tanggungjawab dalam gerak kerja parti dan masyarakat tanpa mengabaikan keluarga,”katanya.

Kira-kira 500 peserta termasuk dari Thailand dan Indonesia menyertai program ALYOUM yang julung kali diadakan itu sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) yang bermula hari ini sehingga 27 Jun ini.

KETUA Puteri UMNO Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim (dua kanan) bersama rakan Puteri UMNO yang lain tu
KETUA Puteri UMNO Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim (dua kanan) bersama rakan Puteri UMNO yang lain turut menjadi peserta program Forum Muslimah Muda Antarabangsa (ALYOUM) anjuran Kerajaan Pas Kelantan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa) di Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE
PENJAWAT awam dari Terengganu, Farah Hannan Hasanuddin
PENJAWAT awam dari Terengganu, Farah Hannan Hasanuddin 

Penjawat awam dari Terengganu, Farah Hannan Hasanuddin, 28, pula berkata, dia pernah menyertai acara sampingan lain yang diadakan sempena HSK sebelum ini tetapi ini kali pertama dia melihat wakil UMNO turut dijemput sebagai peserta.

“Saya datang untuk menimba pengalaman di Kelantan dan melihat bagaimana ia berjaya menarik orang muda terlibat dalam program kerajaan negeri.

“Ini perubahan yang menarik di mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Puteri UMNO dan belia boleh berkongsi pengalaman dalam program yang sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, Nor Azlin Syafiqah Shamsuddin, 17, pula berkata, biarpun terpaksa meninggalkan kelas hari ini namun dia tidak kesal kerana berpeluang menyertai program berskala besar tersebut.

“Seramai 10 orang pelajar SMK Zainab 1 hadir hari ini dan kami teruja dapat mendengar pelbagai pengetahuan baharu kerana selalunya kami berada dalam kelompok kami sahaja,” katanya.

Rakannya yang juga Timbalan Ketua Pengawas, Hazzlyn Izzalina Mat Hassim, 17, pula berkata, dia berbangga diberi peluang melontar idea atas pentas ALYOUM semasa mengutarakan soalan.

“Pertama kali saya hadir program peserta diminta bercakap atas pentas, disebabkan program ini juga kami sempat mencari maklumat dan sejarah anak Rasulullah SAW iaitu Fatimah Az Zahra yang menjadi ikon yang dibincangkan dalam ALYOUM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini