Presiden CUEPACS tawar diri tanding jawatan Naib Presiden Angkasa - Utusan Malaysia

Presiden CUEPACS tawar diri tanding jawatan Naib Presiden Angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sempena Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa Ke-34 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Menurut Presiden CUEPACS, beliau akan menamatkan perkhidmatannya dengan kesatuan penjawat awam itu pada hujung tahun ini. 

“Saya akan menggunakan pengalaman sepanjang perkhidmatan bersama CUEPACS untuk membantu memimpin Angkasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama ini kita mendengar pelbagai rungutan antaranya penyelewengan slip gaji, ada potongan sehingga gaji kosong, ada hutang yang terpaksa ditanggung oleh penjawat awam dan sebagainya.

“Jadi apabila saya berada di Angkasa, saya boleh melihat dari dekat isu-isu yang dibangkitkan ini agar tidak membiarkan satu pihak mendapat untung dan pihak yang lain merasa tertekan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini