BANGKOK 6 Mei – Keputusan awal pengundian untuk memilih Perdana Menteri Thailand membayangkan kemenangan berpihak kepada Prayut Chan-O-Cha sekali gus menyaksikan pemimpin itu berjaya mempertahankan jawatannya. AFP melaporkan, pemimpin berusia 65 tahun itu dilihat berada di kedudukan selesa dengan 375 undi. Undian oleh Dewan Perwakilan dan Senat dalam sesi bersama diadakan sebagai mengembalikan pemerintahan awam selepas lebih lima tahun kerajaan tentera di bawah pimpinan Prayut berkuasa susulan rampasan pada 2014.…










