SAYA mendengar khabar bahawa kerajaan sedang mempertimbang pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya, sampai bila kita harus terus menerus membahaskan betapa tidak produktifnya negara ini jika Kerajaan hanya berminat untuk ‘membawa pulang’ segala apa yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Kita tidak boleh terus menerus membazirkan masa untuk menjadikan ‘zaman sekarang’ sebagai ‘zaman dahulu’ semula. Sudah…









