JAKARTA – Umat Islam di Pondok Pesantren Mahfilud Dluror di Desa Suger Kidul, Jember, Jawa Timur merayakan Aidilfitri hari ini. “Alhamdulillah kami sudah menjalankan ibadat puasa selama 30 hari dan melaksanakan solat sunat Aidilfitri lebih awal dari penetapan pemerintah, kerana kami berpuasa lebih awal,” jelas Pengasuh Pesantren Mahfilud Dluror, Ali Wafa seperti dilaporkan Antara dan dipetik CNN Indonesia. Mereka yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di pesantren itu tidak hanya warga Jember namun sebahagian penduduk Bondowoso kerana lokasi pesantren tersebut terletak antara Jember dan Bondowoso.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya