Polis siasat video ‘panas’ keempat tular - Utusan Malaysia

Polis siasat video ‘panas’ keempat tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penularan video seks terbaharu yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet yang tersebar semalam akan disiasat di bawah satu kertas siasatan yang dibuka sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, setakat ini tidak ada tangkapan terbaharu dalam kes berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak ada perkembangan terkini mengenai video baharu yang tular. Ia belaku hampir setiap hari, sekalipun semuanya dimasukkan dalam satu kertas siasatan untuk bantu kes.

“Tiada tangkapan setakat ini kecuali siasatan yang dilakukan terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz dan kami masih meneruskan siasatan kes ini,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM).

Semalam, tular video keempat membabitkan dua individu dimana salah seorangnya mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kali ini video berkenaan dipaparkan terus ke dalam YouTube dan dapat ditonton secara umum.

Dalam masa yang sama, terdapat lima pautan melibatkan satu website lucah dan satu pautan ke YouTube yang dimuat naik video tersebut tular dalam aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, hanya pautan YouTube itu sahaja yang boleh diakses.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan susuk tubuh dan wajah lelaki mirip seorang menteri kabinet dalam keadaan berbaring di atas katil sambil berselimut dan memegang telefon bimbit

Pada penghujung video berkenaan kelihatan kelibat seorang individu lain di dalam bilik berkenaan dalam keadaan hanya memakai tuala.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini