Polis India cari mereka terlibat pukul lelaki Muslim - Utusan Malaysia

Polis India cari mereka terlibat pukul lelaki Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Polis India sedang mencari sekitar 12 orang yang menyeksa seorang lelaki Muslim beberapa jam, memaksa dia menjerit slogan Hindu dan merakamkan video yang tular sejak mangsa meninggal dunia.

Video selama 10 minit itu menunjukkan mangsa, Tabrez Ansari dipukul dalam kes terbaharu keganasan agama yang mencalar imej sekular India.

Mangsa meninggal dunia di hospital pada Sabtu lalu, iaitu empat hari selepas diserang, diikat pada tiang dan dipukul ekoran didakwa merompak di Jharkhand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ketua Polis Seraikela, Karik S., pihaknya telah menangkap suspek utama bagi pembunuhan namun berbelas orang yang terlibat melarikan diri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini