Polis ditemukan mati dengan kesan tembakan - Utusan Malaysia

Polis ditemukan mati dengan kesan tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditemukan maut dengan kesan tembakan di bawah dagunya di hadapan pintu Cawangan Persenjataan, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, Sarawak tengah malam kelmarin.

Portal Utusan Borneo melaporkan, mangsa, Lans Koperal Benjamin Sagakhan Cuthbert Nyalipan, 48, tinggal di Taman Borneo Height, Jalan Penrissen, Kuching.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam semasa mangsa mengambil senjata api untuk penugasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dikatakan telah mengambil selaras senjata api berserta empat kelopak peluru (100 butir).

“Semasa di luar hadapan pintu cawangan persenjataan itu, mangsa telah menceka senjata api tersebut lalu menghalakan laras senjata itu ke bawah dagunya dan terus melepaskan tembakan yang mengakibatkannya rebah ke atas lantai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Zulkipli, seorang anggota polis dari unit kereta peronda (MPV) yang berada berhampiran tempat kejadian lantas memeriksa dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dengan kepala berlumuran darah.

“Pengadu terus menghubungi pegawai atasan untuk tindakan lanjut.

“Pihak ambulans kemudian hadir di tempat kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini