NILAI – Polis sedang memburu lelaki yang terlibat dalam satu rakaman video merosakkan barang makanan di kedai serbaneka di sebuah pasar raya di sini semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, pihak premis membuat laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.20 malam tadi. Menurut beliau, polis sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. “Pengurus premis melihat video tular…










