Polis buru lelaki rogol adik ipar  - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki rogol adik ipar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian merogol adik ipar perempuannya berusia 15 tahun beberapa kali di kawasan sekitar Gadek, Alor Gajah sejak hujung Mac hingga pertengahan April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, suspek berusia 39 tahun itu didakwa telah merogol mangsa di beberapa kawasan terpencil dan gelap termasuk di dalam semak, di bawah jambatan dan kawasan berdekatan sungai kira-kira lapan kali sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, kejadian tersebut berjaya dihidu oleh abang kandung mangsa, bagaimanapun suspek didakwa telah melarikan diri ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak bersama isteri serta dua orang anaknya pada minggu yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian itu didakwa berlaku selepas mangsa diambil oleh kakak kandung yang merupakan anak ketiga dari rumah ibu bapa mereka di Negeri Sembilan untuk tinggal bersama keluarganya di Gadek, Alor Gajah.

“Suspek akan memaksa mangsa mengikutnya menaiki kereta atau motosikal ke lokasi-lokasi sunyi dan gelap sebelum merogolnya. Namun, suspek didakwa telah berpindah ke Sarawak tanpa pengetahuan ahli keluarga lain dan pasukan kita di sana sedang memburunya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nor Yhazid berkata, kejadian terakhir berlaku pada 21 April lalu kira-kira pukul 8 malam di dalam kereta milik suspek yang diletakkan di kawasan berdekatan sungai.

“Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik itu juga telah dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan tubuh badan dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan remaja tersebut,” katanya.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini