MARANG 1 Jun – Polis akan mempertingkatkan rondaan secara berpusat di empat lokasi ‘panas’ yang dikenalpasti kerap berlakukemalangan di daerah ini ketika perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Suhaimi Ali berkata, lokasi tumpuan tersebut membabitkan jalanPersekutuan di Gong Balai, Kelulut, Wakaf Tapai dan Bukit Payong khususnya di Kilometer (KM) 23 jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Rhu Muda,KM33-KM36 di Alur Tuman, Pulau Kerengga, Serating dan KM42-KM50 diMerchang.
Menurut beliau, bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar, pihaknya akanmembuat pemantauan dengan mengadakan rondaan selama dua minggusepanjang Op Selamat 15/19 yang dilancarkan serentak di seluruh negarabermula 29 Mei hingga 12 Jun ini.
“Seramai 23 anggota termasuk tiga pegawai polis daerah ini akanbertugas selama 24 jam setiap hari termasuk pada hari raya bagimemantau keadaan jalan raya dengan membuat rondaan di kawasanberisiko,” katanya ketika ditemui selepasmengadakan operasi sekatan jalan raya sempena Op Selamat di Kelulut,di sini petang semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Marang mengambil juadah untuk berbuka puasa
di lokasi sekatan jalan raya sempena Op Selamat di Kelulut, Marang,
petang semalam. – UTUSAN ONLINE/MOHD. LAZIM ENDUT
Menurut Suhaimi, sepanjang operasi yang bermula pada pukul 4.30petang hingga 7.30 malam itu, tumpuan utama melibatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya serta pencegahan jenayah dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan khususnya kemalangan maut.
Katanya, antara penguatkuasaan merangkumi pemanduan melebihi hadlaju, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbitsemasa memandu, memotong barisan, mengguna lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar.
“Oleh itu, saya ingin menasihati semua pengguna jalan raya yang ingin pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan mereka dapat meraikan kedatangan 1 Syawal dalam suasana lebih meriah bersama keluarga.
“Patuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan, jangan memandu melebihi had laju dan elakkan memandu ketika mengantuk atau dalam keletihan.
Sebaiknya sebelum memulakan perjalanan jauh, mereka yang ingin memandu kenderaan perlu berehat secukupnya,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE











