MARANG 1 Jun – Polis akan mempertingkatkan rondaan secara berpusat di empat lokasi ‘panas’ yang dikenalpasti kerap berlakukemalangan di daerah ini ketika perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Suhaimi Ali berkata, lokasi tumpuan tersebut membabitkan jalanPersekutuan di Gong Balai, Kelulut, Wakaf Tapai dan Bukit Payong khususnya di Kilometer (KM) 23 jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Rhu Muda,KM33-KM36 di Alur Tuman, Pulau Kerengga, Serating dan KM42-KM50…