Polis bebaskan Platini selepas siasatan - Utusan Malaysia

Polis bebaskan Platini selepas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Bekas Presiden UEFA, Michel Platini dibebaskan polis selepas selesai siasatan berhubung keputusan memberi hak penganjuran Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Platini, 64, dibebaskan seleps disoal siasat Pegawai Polis Anti Rasuah di Paris.

Platini yang ditemani peguamnya, William Bourdon dilihat sugul selepas meninggalkan balai polis tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa yang lama selepas mengambil kira soalan yang diajukan,” kata Platini.

“Perintah tahanan sudah tiada. Pertuduhan selama ini adalah sia-sia,” kata Bourdon.

Platini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 2010 semasa Qatar dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.

Dia kemudiannya digantung daripada bola sepak selama empat tahun kerana melanggar kod etika FIFA selepas berlaku salah faham dengan bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter.

Dia yang juga pemenang Ballon d’Or sebanyak tiga kali dan pernah mewakili Juventus dan Perancis semasa bergelar pemain terlepas peluang untuk mencabar kedudukan Presiden FIFA selepas digantung.

FIFA memberi bayangan bahawa siasatan itu akan membantu menyelesaikan isu berkaitan Qatar tetapi enggan memberi ulasan lanjut berhubung kes Platini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini