PKNS mahu fokus baki perlawanan - Utusan Malaysia

PKNS mahu fokus baki perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Abu Bakar Fadzim mahu supaya pemainnya kekal memberikan tumpuan pada baki perlawanan Liga Super sekali gus keluar dari kelompok kedudukan tercorot.

Abu Bakar berkata, dia yakin anak-anak buahnya mampu mengekalkan momentum dan memberikan saingan dalam memastikan pasukan tidak tersingkir dari Liga Super pada musim hadapan.

“Ini kita dapat lihat pada aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) yang berada di kedudukan atas kita dan kita masih mampu memperolehi mata,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang PKNS malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada perlawanan malam tadi, PKNP mengutip satu mata dengan PKNS FC selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, di sini.

Abu Bakar berkata PKNP yang kini berada pada kedudukan kedua tercorot selepas pasukan Kuala Lumpur mempunyai empat baki perlawanan iaitu menentang Kedah, Melaka, Felda United dan Petaling Jaya (PJ) City.

“Kita akan memberikan fokus sepenuhnya dan pemain pun faham dan mahu menghasilkan sesuatu untuk memastikan pasukan berada di kelompok 10 teratas bagi mengelak dari tersingkir Liga Super,” katanya.

Sementara itu, pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal berkata beliau mahu meningkatkan kualiti benteng pertahanan pasukan itu bagi mengurangkan gawang gol pasukan itu bolos pada perlawanan seterusnya.

“Baru- baru ini kita lihat pertahanan kita tidak berapa disiplin dan kita masih perlu beri perhatian pada benteng pertahanan, apa-apa pun saya amat berpuas hati dengan persembahan anak buah saya,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini