ALOR SETAR – Piagam UMNO dan Pas yang akan dimeterai bulan depan perlu meneliti untuk melaksanakan pembentukan kerajaan ‘penyatuan ummah’ di empat buah negeri yang ditadbir oleh kedua-dua parti itu iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis. Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, pembentukan kerajaan perpaduan itu penting bagi menunjukkan kesepakatan kerjasama yang jitu antara kedua-dua parti orang Melayu terbesar ini sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Beliau…










