KUANTAN – Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang di sini turut menjadi medan perjumpaan semula tujuh bekas Menteri Besar.
Mereka adalah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Johor) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah).
Turut hadir bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Selangor).
Memuatkan artikel berkaitan…
Pertemuan semula bekas pemimpin negeri ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ucapan aluannya dalam Muktamar Tahunan Pas itu. – UTUSAN ONLINE











