PUTRAJAYA – Kerajaan berhasrat melaksanakan konsep pertanian estet secara lebih meluas di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pendapatan para petani dan penduduk luar bandar. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, konsep pertanian seumpama itu pernah dilaksanakan sebelum ini, namun tidak mencapai matlamatnya. Untuk itu kata beliau, kerajaan akan mengenal pasti kawasan bagi dijadikan contoh kepada pelaksanaan konsep pertanian estet membabitkan tanaman padi, getah dan kelapa sawit. Pada masa yang…










