Pertama kali beraya sebagai artis - Utusan Malaysia

Pertama kali beraya sebagai artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ramai yang berkongsi gambar-gambar kemeriahan suasana hari raya dalam laman sosial termasuk golongan selebriti.

Ada juga antara mereka yang sangat teruja menyambut lebaran kali ini kerana pertama kali beraya sebagai artis.

Seperti tiga anak teruna ini, timbul perasaan berdebar bercampur seronok apabila menyambut Syawal bersama keluarga dan peminat.

Memuatkan artikel berkaitan…
(dari kiri) Kuchaimars, Amir Hasan dan Pasha.

Pasya terima banyak baju raya

Pasha atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi yang merupakan juara program reality, Mentor 7 teruja apabila menerima banyak hadiah daripada peminat yang rata-rata menyokong penglibatannya dalam industri muzik.

Katanya, raya kali ini sungguh berbeza apabila dia tidak lagi perlu menyediakan pakaian dan kuih muih kerana telah dihadiahkan oleh peminat.

“Tahun ini memang seronok sangat sebab semua keluarga berkumpul di rumah saya di Ampang. Jadi segala aktiviti raya bermula dari rumah saya.

“Buat masa ini saya sedang rancang untuk adakan rumah terbuka buat peminat, ini cara saya mahu hargai mereka.

“Saya sangat terharu apabila ada antara mereka yang sanggup berhabis duit untuk membelikan saya baju dan kuih raya,” kata Pasya.

Mengambil masa seminggu untuk beraya, Pasya kemudiannya sibuk berkampung di studio untuk memperbaiki susunan muzik lagu-lagu ciptaannya.

“Cukuplah seminggu raya, saya sudah masuk studio semula. Sepanjang bergelar artis saya akui saingan sangat hebat jadi saya perlu sentiasa produktif,” luah Pasya yang merupakan protege Aizat Amdam dalam program Mentor 7.

Kucaimars warisi minat bapa

Menjadi orang pertama dalam keluarga bergelar artis, Kucaimars beranggapan bakat yang dimiliki sekarang adalah diwarisi daripada ayahnya.

Kata Kucaimars, walaupun bapanya bukan seorang artis, namun lelaki itu sangat meminati bidang muzik dan mahir bermain gitar.

“Saya sebenarnya tak rasa pun saya seorang artis. Rasa sama sahaja dengan tahun-tahun sebelum ini, tapi mungkin ahli keluarga yang terasa perkara itu.

“Saya beraya di rumah nenek di Rembau, Negeri Sembilan. Di sana saya gembira melakukan aktiviti-aktiviti raya yang lain termasuk berkunjung ke rumah saudara-mara.

“Ada juga yang tanya dari mana datangnya bakat nyanyian, tapi ramai yang tak tahu ayah saya seorang yang mahir dalam bidang muzik terutama bermain gitar,” jelas Kucaimars.

Selain muzik, Kucaimars juga mempunyai asas dalam bidang lakonan dan teater. Namun buat masa ini dia mahu lebih cenderung dalam bidang nyanyian.

Amir Hassan teruskan agenda raya

Mungkin belum ramai peminat muzik yang mengenali penyanyi bernama Amir Hassan. Pernah muncul dengan single pertama berjudul, Bicaramu tahun lalu, penyanyi muda ini tampil dengan single keduanya yang berjudul, Gadis Yang Ku Tunggu.

Menghabiskan cuti rayanya di kampung halaman di Raub, Pahang, Amir Hassan meneruskan agenda tahunan keluarganya seperti yang dilakukan tahun-tahun sudah.

“Tidak banyak perubahan sama ada saya artis atau bukan. Setiap tahun agendanya tetap sama dan kami memang suka berkumpul ramai-ramai serta berkaraoke.

“Setiap tahun pada malam raya kedua kami akan masuk ke studio dan berkaraoke. Sememangnya kami sangat menghargai dan mencintai muzik,” luahnya.

Teruja apabila nama semakin dikenali, jelas Amir, dia perlu berusaha lebih gigih untuk meletakkan dirinya sebaris dengan nama-nama besar yang lain.

“Sebelum ini saya buat lagu dengan Aizat, mungkin dari situ orang mula mengenali diri saya. Selepas ini saya perlu keluar dengan lagu-lagu baharu supaya nama terus menjadi sebutan,” jelas Amir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini