KUALA LUMPUR – Sektor teknologi maklumat (IT) dan profesional teknologi meliputi perisian, perkakasan dan telekomunikasi merupakan antara pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia pada suku kedua tahun ini, menurut Indeks Pekerjaan Monster (MEI). Monster.com dalam kenyataannya berkata, para majikan dalam sektor berkenaan mahu memperkasakan penawaran teknologi dan digital dan mencari bakat-bakat baharu berkemahiran tinggi untuk bekerja dengan mereka. Menurutnya, industri teknologi dan telekomunikasi menerajui pengambilan pekerja dalam talian dengan…










