Penutupan lorong, perubahan trafik di Persiaran Kerjaya bermula 26 Jun - Utusan Malaysia

Penutupan lorong, perubahan trafik di Persiaran Kerjaya bermula 26 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kontraktor projek Transit Aliran Ringan (LRT3), MRCB George Kent Sdn. Bhd, (MRCBGK) melaksanakan penutupan lorong sementara dan mengubah aliran trafik untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan ‘i-beam’ projek LRT3.

MRCBGK dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan itu akan dilakukan di hadapan kawasan perumahan Temasya Anggun, Persiaran Kerjaya, Shah Alam (Subang/Kuala Lumpur) bermula dari pukul 10 pagi hingga 4 petang pada 26 Jun hingga 5 Ogos ini.

“Semasa penutupan sementara ini, laluan bagi pemandu dari Shah Alam ke Subang atau Kuala Lumpur akan dialih berdasarkan peta yang dilampirkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi pengguna dan menghargai kesabaran mereka sepanjang tempoh penutupan ini. Pelaksanaan ini adalah untuk kebaikan bersama bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan berhubung penutupan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian hotline LRT3 di 1 800 18 2585. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini