Penunggang motosikal maut langgar lori sampah - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar lori sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU – Seorang kakitangan Lembaga Getah Malaysia maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori sampah di Kilometer 49, Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat sini semalam.

KEADAAN motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan lori sampah di Kilometer 49, Jalan Seremban-Simpang Pertang di Jelebu semalam. – UTUSAN ONLINE

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, Mohd. Fairuz Fazli Mohd. Ibrahim, 42, dari Taman Serting Jaya, Bahau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM dikatakan dalam perjalanan dari arah pekan Kuala Klawang ke rumahnya di Taman Serting Jaya.

Apabila tiba di lokasi kemalangan, dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya yang memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian depan lori jenis Mitsubishi milik syarikat SWM Environment Berhad.

Pemandu lori berusia 42 tahun dan penumpangnya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintenden Ibrahim Mohd. Abdul Kadir ketika dihubungi pemberita mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini