KLANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh dari belakang sebelum digilis sebuah treler di susur Jalan Pelabuhan Utara menghala ke Jalan Pelabuhan Barat, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Khairul Ikhwan Mohd. Isa, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisiner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian…










