Penjawat awam perlu bebas daripada ikatan parti politik - PM - Utusan Malaysia

Penjawat awam perlu bebas daripada ikatan parti politik – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Anggota dalam perkhidmatan awam perlu bebas daripada mengikat diri dengan parti politik termasuk parti yang sedang memerintah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau percaya masih ada penjawat awam yang sukar untuk mengalihkan kesetiaan mereka daripada kerajaan terdahulu disebabkan tempoh pemerintahan yang lama.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan pertukaran kerajaan melalui pilihan raya, maka harus diingatkan bahawa anggota dalam pemerintahan (penjawat awam) perlu bebas daripada mengikatkan diri dengan parti yang memerintah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi dalam masa sama, walaupun mereka tidak mengikat diri dengan parti yang memerintah, apabila mereka bekerja di bawah parti memerintah, menjadi tanggungjawab mereka untuk akur kepada dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pemerintah.

“Jika pentadbir awam dapat memisahkan diri daripada ikatan yang terlalu kuat dengan kerajaan yang memerintah dan sebaliknya menjalankan tugas sebagai pentadbir awam yang berkecuali, saya yakin kita dapat teruskan pemerintahan negara ini dengan baik,” katanya pada majlis Ucaptama Kepada Penjawat Awam Melaka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Adly Zahari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan; barisan kepimpinan kerajaan negeri serta lebih 5,000 penjawat awam negeri.

Dr. Mahathir berkata, walaupun berlaku pertukaran dalam kerajaan, penjawat awam perlu teruskan kerja mereka dan berkecuali daripada politik-politik parti sebaliknya memberi fokus kepada pentadbiran awam bagi menjayakan segara dasar yang diambil oleh kerajaan baharu.

“Saya percaya bahawa semua pentadbir awam faham akan pengecualian mereka daripada terlibat secara langsung dalam politik parti yang memerintah.

“Kalau kita sedar akan perkara itu, maka dapatlah kita jalankan tugas kita dengan sempurna bukan sahaja untuk menjayakan kerajaan baharu tetapi untuk menjayakan negara dan bangsa kita,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini