TAIPING – Seorang peniaga bazar ditahan kerana mengeluarkan perkataan lucah ke atas anggota polis trafik apabila dia disaman atas pengabaian isyarat lalu lintas di Jalan Pasar Taiping semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.29 tengah hari ketika tiga anggota polis berpangkat sarjan dan seorang berpangkat koperal sedang menjalankan tugas kawalan lalu lintas di kawasan bandar Taiping. Beliau berkata, saman dikeluarkan ke atas sebuah kereta atas…










