Pengguna Kelantan patut terima rebat bil air - Utusan Malaysia

Pengguna Kelantan patut terima rebat bil air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan digesa bersikap terbuka menerima teguran dan lebih prihatin terhadap keluhan rakyat mengenai kegagalan memberikan perkhidmatan terbaik dalam aspek pengurusan bekalan air bersih di negeri ini khususnya pada musim perayaan.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Kelantan (Suara Kelantan), Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin berkata, keluhan rakyat bukan bermotifkan politik, sebaliknya rasa sedih dan kecewa mereka berdepan masalah sama yang seolah-olah tiada penyelesaian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah air di Kelantan bukan isu baharu, sebaliknya sudah lama bertapak di negeri ini.

“Kita melihat kerajaan negeri perlu memperbaiki hubungan dengan pihak Persekutuan supaya masalah air dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin demi rakyat,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Masalah gangguan bekalan air dilaporkan berlaku di beberapa kawasan dan makin meruncing ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas teruk ialah Rantau Panjang, Pasir Mas, Kota Bharu, Melor dan Bachok.

Che Isham Shahrudin memberitahu, kerajaan negeri perlu menunjukkan keseriusan terhadap usaha pihaknya melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan aspek pengurusan bekalan air di Kelantan.

Katanya, Suara Kelantan turut mencadangkan supaya Kerajaan negeri supaya sekurang-kurangnya memberi rebat terhadap bil air sebagai ‘ganti rugi’ atas kegagalan pihaknya memberi perkhidmatan air terbaik kepada pengguna ketika musim perayaan ini.

“Pemberian rebat ini adalah salah satu tanda permohonan maaf kepada pengguna di atas kegagalan tersebut,”. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini