Pengarah Aquaman kelahiran Malaysia umum pertunangan - Utusan Malaysia

Pengarah Aquaman kelahiran Malaysia umum pertunangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengarah filem Hollywood kelahiran Malaysia, James Wan mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita melalui Instagram dan Facebooknya.

James Wan yang dilahirkan di Kuching, Sarawak berkongsi beberapa keping gambar dirinya bersama tunangnya.

Dalam kapsyen, James menulis ringkas: “Saya telah bertunang dengan wanita yang menakjubkan serta cantik ini!”

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah yang berjaya mencipta fenomena menerusi filem terbaru arahannya, Aquaman yang mencatatkan kutipan pecah panggung baru-baru ini memilih wanita kacukan Jerman-Romania bernama Ingrid Bisu.

Selain Aquaman, James sudah banyak mengarahkan filem pecah panggung lain seperti Saw, Dead Silence, Insidious dan The Conjuring termasuk Furious 7 yang merupakan filem keenam yang mengutip kutipan minggu pembukaan tertinggi sepanjang zaman iaitu AS$397 juta (RM1.6 bilion).

Dalam pada itu, menerusi kemas kini Instagram wanita tersebut, dia turut berkongsi berita yang sama.

“Rasmi yang akhirnya boleh umumkan kami sudah bertunang (sudah lima bulan namun kami merahsiakannya),” kongsi Ingrid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini