KUALA LUMPUR – Seorang penganggur lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Kampung Lumatai, Beaufort, Sabah ditahan polis dalam satu serbuan dekat sini semalam. Portal berita Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Azmir Abd. Razak berkata, kejadian berlaku apabila sepasang suami isteri yang juga pemborong kedai runcit menyedari rumah mereka dipecah masuk dan keadaan rumah berselerak. Menurutnya, mangsa dilaporkan kerugian sebanyak RM10,000 wang tunai yang diletakkan di dalam laci bersama rantai emas dan telefon pintar selepas ia dilarikan suspek. “Bertindak atas laporan yang dilakukan, sepasukan polis berjaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya