PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan, kos yang dicadangkan untuk pengambilalihan tol iaitu RM6.2 bilion akan dibiayai oleh terbitan bon dan akan dibayar balik sepenuhnya daripada pungutan caj kesesakan. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, ini berbanding dengan kos pampasan sebanyak RM18 bilion yang perlu dibayar sekiranya kutipan tol dihentikan di lebuh raya-lebuh raya tersebut. “Akibat isu-isu yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu yang telah menyebabkan kekangan kewangan, Kerajaan Persekutuan tidak…










