Pengambilalihan PLUS:Gerakan setuju tentangan Guan Eng - Utusan Malaysia

Pengambilalihan PLUS:Gerakan setuju tentangan Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan bersetuju dengan langkah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menentang cadangan pengambilalihan tol Lebuh Raya Utara Selatan Oleh pihak Maju Holdings Sdn.Bhd. (Maju Holdings).

Jelas Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya menghormati komitmen untuk menghapuskan tol daripada terus memanjangkan konsesi.

“Ini jelas bertentangan dengan komitmen kerajaan. Kerajaan PH mesti mematuhi prinsip dan tidak melanggar janji untuk faedah jangka pendek, dan menjadi pembohong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan tidak sepatutnya membuat kesilapan dan membenarkan Maju Holdings memperoleh PLUS dan menyebabkan rakyat membayar tol selama 10 tahun lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Maju Holdings mengemukakan tawaran baharu untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd., dengan syarikat itu mengemukakan empat tawaran kepada kerajaan dan kesemuanya bergantung pada pelanjutan tempoh konsesi lebuh raya berkenaan yang dijangka tamat pada 2038.

Syarikat itu mencadangkan pengurangan kadar tol sebanyak 25 peratus bagi mendapatkan pelanjutan tempoh konsesi 10 tahun atau pengurangan 30 peratus jika tempoh konsesi dilanjutkan selama 15 tahun sehingga 2053.

Penawaran pengurangan kadar tol 33 peratus juga jika tempoh konsesi dilanjutkan kepada 20 tahun atau pengurangan 36 peratus kadar tol untuk pelanjutan tempoh konsesi 30 tahun hingga 2068.

Cadangan itu walau bagaimanapun difahamkan telah ditentang oleh Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

Dalam pada itu, Dominic berharap para pemimpin DAP dapat menunaikan janji mereka dan tidak mengubah fikiran setelah berjaya mengambil alih Putrajaya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini