KUALA LUMPUR – Isu pengagihan zakat oleh wakil bukan Islam tidak terhenti pada halal dan haram sahaja sebaliknya melibatkan rangkaian hukum kompleks yang perlu dicerna secara holistik seperti dikehendaki syarak. Pendakwah bebas, Nurul Haq Shahrir berkata, sebelum persoalan berkaitan wakalah zakat ini diperhalusi, ingin ditegaskan bahawa tanggungjawab menunaikan kewajipan berzakat tidak boleh disamakan dengan memenuhi tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh kerajaan. Katanya lagi, pelaksanaan zakat mengandungi dua elemen penting dalam memastikan ibadah zakat memberi rahmat kepada umat manusia iaitu dari segi kutipan dan agihan zakat. “Ketelusan dalam kutipan dan agihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya