Pendidikan tanggungjawab Kerajaan Pusat, Pas bukan komponen kerajaan - Maszlee - Utusan Malaysia

Pendidikan tanggungjawab Kerajaan Pusat, Pas bukan komponen kerajaan – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas bukan komponen kerajaan dan aspek pendidikan adalah terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, negara berada di era demokrasi dan setiap pihak berhak membuat kenyataan cuma mereka perlu bertanggungjawab.

“Ini membuktikan Malaysia baharu ini meraikan semua pihak untuk bersuara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu (hapus sistem pendidikan vernakular) pandangan mereka. Mereka bukan komponen kerajaan dan pendidikan ialah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kolokium Pendidikan STEM Peringkat Kebangsaan di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor UMP, Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff.

Semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini Sabtu lalu, wakil Dewan Muslimat Pas, Salamiah Md. Nor mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

Ini kerana kata Salamiah, dasar berkenaan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini