Pencuri profesional dijel 14 tahun - Utusan Malaysia

Pencuri profesional dijel 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang pe­rompak dipercayai suspek kepada beratus-ratus kes pecah rumah di satu kejiranan mewah di pinggir London dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun kelmarin, selepas dia ditangkap pada Februa­ri lalu.

Tertuduh, Astrit Ka­paj, 43, melakukan jenayah itu sejak 10 tahun lalu dengan peranca­ngan teliti serta memintas pelbagai sistem keselamatan canggih di rumah-rumah mangsa.

Astrit, seorang warga Albania, ditahan dalam operasi polis dan dia bekerja di sebuah restoran kira-kira 260 kilometer daripada kawasan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kamu seorang pencuri prolifik, gigih dan profesional. Kepakaran kamu dalam banyak kes menimbulkan misteri bagaimana kamu berjaya masuk ke dalam rumah mereka.

“Kamu menakutkan seluruh komuniti,” kata hakim, Peter Lodder selepas menjatuhkan hukuman ke atas lelaki itu di Mahkamah Diraja Kingston di barat daya London.

Antara rumah dipe­cah masuk ialah kediaman pemain tenis legenda Jerman, Boris Becker. Bekas pemain bola sepak kelab Real Madrid dan Arsenal, Nicolas Anelka pernah mengejar pencuri itu daripada (pecah ma­suk) rumahnya.

Astrit mengaku me­lakukan 22 kes pecah rumah dengan jumlah kecurian bernilai £497,300 (RM2.6 juta) sejak 2008.

Bagaimanapun, penyiasat percaya bapa kepada dua anak itu melakukan jenayah 10 kali ganda dan mencuri wang serta barangan kemas hampir £5 juta (RM26 juta) di Wimbledon sejak 2004.

Pihak polis mengerah seramai 50 pegawai bekerja sepenuh masa untuk menangkap suspek. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini