Pencuri kelapa, kelapa sawit diberkas polis  - Utusan Malaysia

Pencuri kelapa, kelapa sawit diberkas polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Misteri kehilangan buah kelapa dan kelapa sawit milik penduduk kampung di Sungai Air Tawar sejak tiga bulan lalu terungkai apabila empat lelaki termasuk dua beradik diberkas di Kampung Perenggan di sini tengah malam tadi. 

Kesemua suspek berusia 28 hingga 43 tahun itu diberkas pukul 12.05 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua hasil pertanian itu dicuri untuk dijual selain bagi kegunaan sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, semasa diserbu didapati kesemua suspek sedang khayal berikutan pengaruh dadah. 

“Hasil pemeriksaan merampas peralatan mengait buah kelapa dan kelapa sawit dan motosikal jenis Suzuki Smash bersama gerabak dipercayai digunakan dalam jenayah tersebut. 

“Turut ditemui adalah tiub lutsinar mengandungi dadah disyaki heroin dan syabu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Nor Azmi berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. 

Jelas beliau, kesemua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini